physiotherapy

PHYSIOTHERAPY
 
GalleryHomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Republicans bring up Kagan's record on military
Tue 29 Jun - 20:33 by gbsc226

» Not so the big guys, Odean argues.?
Tue 29 Jun - 20:30 by gbsc226

» What sexual positions are recommended?
Mon 28 Jun - 18:46 by gbsc226

» stroke patient
Mon 28 Jun - 18:41 by gbsc226

» place to purchase ceramics?
Mon 28 Jun - 16:26 by gbsc226

» aktiviti cohort 1 pd ini minggu ....
Mon 28 Jun - 16:18 by gbsc226

» hai,happy father's day
Mon 28 Jun - 13:43 by gbsc226

» positive physical sensations in the body.?
Sat 26 Jun - 18:22 by gbsc226

» petua Imam Syafie
Sat 26 Jun - 18:21 by gbsc226

Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 11 on Mon 2 Jun - 16:39
Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of physiotherapy on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of physiotherapy on your social bookmarking website
Statistics
We have 66 registered users
The newest registered user is fylflor

Our users have posted a total of 181 messages in 54 subjects
Top posters
nana@am
 
gbsc226
 
Zhai Genji
 
krazeekwan
 
my_mon
 
izham
 
iman_karmilla189
 
karan
 
AzRoY
 
luna maya
 
June 2018
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 
CalendarCalendar
Keywords
Poll
Sape Paling Best..??
Shafiq
20%
 20% [ 10 ]
krazeekwan
14%
 14% [ 7 ]
Zhai
10%
 10% [ 5 ]
Omar
12%
 12% [ 6 ]
Paan
8%
 8% [ 4 ]
Azri
8%
 8% [ 4 ]
maimon
20%
 20% [ 10 ]
Wan Hero
6%
 6% [ 3 ]
Total Votes : 49
Affiliates
free forum
 



Share | 
 

 mutiara kata

Go down 
AuthorMessage
black ja
Guest
avatar


PostSubject: mutiara kata   Fri 11 Jul - 15:17

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan





Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan





Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian





Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya





Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya





Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya.....tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan





Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.....bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya





Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan





Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan





Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat





Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan...Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan



Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya...tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya





Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.....





Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil....adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering





Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya.......... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.





Lihatlah disekeliling kamu.... dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.....buat pedoman.





Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan menjelma pelangi dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan menangis..... itu hanyalah satu mimpi. Jika kau menyayangi seseorang, biarkanlah dia pergi........ jika dia menyayangi dirimu, dia pasti akan kembali..





Menyelamatkan orang jahat seperti perahu kecil di tengah lautan......walaupun kita terselamat tetapi sentiasa berasa ketakutan.





Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu terus berkenalan...... Dua hati yang tidak mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum bertemu, bila bertemu dia hanya berjumpa bukan berkenalan





Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya.





Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu....... dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.





Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging.





Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbanan.....semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini.





Kesucian diri itu seperti air batu.....sekali ia hancur segalanya akan berakhir





Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan..... tetapi pada hati yang beriman





Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah..........makin dekat ianya datang menghampiri kita





Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi





Cinta remaja ibarat kaca.......zahirnya jernih, tapi sekali ia pecah berderai...lukanya terlalu tajam





Senyuman itu adalah madu bagi diri seseorang........oleh itu ukirlah senyumanmu pada yang memerlukan.





Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai..





Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh

membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira..





Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..





Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya





Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya..





Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.




Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan..........tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga.





Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu........





Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun......bila-bila masa ia akan pecah.





Basahilah wajahmu dengan air sembahyang dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta....





Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta, tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita, kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia..





Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta......tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan hidup kita..





Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari, tetapi kawan untuk menangis, itulah yang sukar ditemui.





Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu.





Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari.. apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri





Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi





Ada orang anggap kita lemah....ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya..... Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita.





Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan, dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan
Back to top Go down
 
mutiara kata
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» dow theory eka gana dapu post eke link ekak kata hari ewanna puluwanda??
» Whats going on with new system implimentations?
» keep an eye on ADAMS group
» OK.... Lets start the poll mania
» goda wuna aiyata yanda puluwan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
physiotherapy :: Free Zone Discussion :: Motivation Story-
Jump to: