salam,
sedang saya menonton berita , saya terbaca yang dipertuan agong ke jerman untuk dapatkan rawatan FISIOTERAPI. saya tertanya diri sendiri kemana fisioterapi di malaysia. adakah kita tidak layak merawat VVVVIP. adakah kita tidak berkemahiran ? adakah kita tidak mampu merawat knee reconstruction ???
saya teringat akan perbincangan saya dengan kawan klinikal yang bertugas di sebuah hospital di KL. pada permulaannya beliau bangkitkan tentang bilangan kolej yang tumbuh macam cendawan dan mengeluarkan terlalu ramai fisioterapi. pada dasarnya saya bersetuju dan pada masa yang sama saya tak bersetuju. Memang banyak kolej yang hasilkan fisioterapi, tapi kualitinya macammana ? jika fisioterapi yang ada masih buat kerja yang sama, yang saya buat 20 tahun lalu kita tidak akan kemana. saya tanya beliau apa peranan beliau sebagai klinikal. apa bidang baru yang telah beliau teroka. macammana khidmat untuk warga emas, kanak - kanak, kes neuro, apa sumbangan klinikal fisio pada komuniti.
saya berpeluang mengikuti satu kolikium public health. seorang pensyarah dari USM (Dr zanariah - gerintologist) telah membangkitkan betapa fisioterapi amat penting dalam penjagaan warga emas di peringkat komuniti. tapi malangnya di mana fisioterapi ?
masih ramai fisioterapi yang masih berfikiran untuk bekerja di Hospital base. apabila saya tujukan soalan ini kepada sahabat saya ini, beliau berfikir untuk buka wad untuk penjagaan warga emas (sekali lagi fikiran hospital base !!!!!!)
percayalah terlalu banyak peluang kerjaya dengan komuniti yang masih tidak diterokai. saya harapkan kumpulan fisioterapi dari KPJ kolej ini akan buat sesuatu tentang peluang yang ada di komuniti ini.
anda semua perlu gunakan pandangan mata, hati dan akal untuk melihat , merancang dan melaksanakan agenda ini. untuk mengetahui masaalah warga emas ini, anda perlu berdamping dengan mereka. menyelami masalah mereka, memahami kehendak mereka.
statistik penduduk malaysia menunjukan bilangan penduduk telah hampir mencecah 29 juta orang.
Dimana FISIOTERAPI !!!!!!!!! adakah semuanya di hospital ? jawapannya YA . selesa bekerja di Hospital.